logo
+60182104438
Bandar Saujana Putra, Persiaran Saujana Putra, 42610 Jenjarom Selangor
info@theawesomeadventure.com
+60182104438 info@theawesomeadventure.com
Top

ADAB – ADAB DAN SUNNAH BERMUSAFIR

NIAT

Niat perjalanan mestilah baik dan bukannya untuk berbuat kemungkaran. Perjalanan perlu mempunyai tujuan yang betul supaya ia bukan semata-mata untuk berseronok saja.

Abu Hurairah RA meriwayatkan:

‘’Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah saya akan mulai perjalanan(musafir), jadi berilah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melalui tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi berdoa, ‘’ Ya Allah mudahkanlah dan dekatkanlah jarak prtjalanannya.’’ (HR Tirmidzi)

 

BEG KECIL

Disunatkan membawa beg kecil berisi keperluan asas. Rasulullah sendiri membawa beg kecil berisi kayu sugi(siwak), sikat, cermin dan celak, dan minyak wangi.

 

MINTA IZIN DAN MINTA DIRI

Ucap selamat tinggal kepada keluarga, sahabat.

‘’Apabila seseorang daripada kamu akan bermusafir hendaklah meminta izin daripada saudara-saudaranya. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kebaikan pada doa mereka.’’

(Kitab al-Azkar Imam Nawawi)

 

SOLAT SUNAT MUSAFIR

Disunatkan solat sunat dua rakaat di rumah sebelum memulakan perjalanan.

‘’Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mmereka ketika berniat untuk bermusafir.’’  (HR Tabrani)

 

MUSAFIR PADA HARI KHAMIS

’Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada khamis, Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada hari khamis.’’ (HR Bukhari)

 

 

MENCARI TEMAN PERJALANAN

Ibnu Umar melaporkan daripada Rasulullah,” Sekiranya manusia mengetahui bahaya melakukan perjalanan sendirian seperti yang aku ketahui,tidak ada seorang yang bermusafir pada malam hari secara sendirian.” ( Direkodkan Oleh Imam Bukhari)

 

MEMILIH SEORANG PEMIMPIN MENGETUAI KUMPULAN

Abu Hurairah dan Abu Said melaporkan,

“Sekiranya tiga orang daripada saudara melakukan perjalanan,lantik seorang sebagai pemimpin.”(Direkodkan oleh Abu Daud)

 

BERDOA

Membaca doa menaiki kenderaan dan berdoa agar terlindung daripada kejahatan jin dan manusia. Banyakkan berdoa kerana doa orang yang bermusafir mustajab.

 

TAKBIR DAN TASBIH

Bertakbir apabila melalui tempat tinggi dan bertasbih apabila menuruni tempat tinggi.

Dari Jabir RA, dia berkata: ‘’Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih .’’ (HR Bukhari)

 

Naqeeb Rumzi, 24 November 2017

Leave a Reply:

You don't have permission to register